Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut pegawai keselamatan Mesir pemuda-pemuda ini ditangkap sebaik sahaja mendirikan solat Jumaat di sebuah masjid di kota as-Sadis berhampiran Qaherah.
Sumber keselamatan memaklumkan, "Individu yang ditangkap adalah 16 orang warga Mesir, 11 Iraq dan 6 Lubnan".
Penguatkuasa keselamatan Mesir berkata mereka ini ditangkap atas tuduhan menyebarkan mazhab Syiah di kalangan warga tempatan serta menggunakan masjid sebagai tempat menyebarkan pemikiran Syiah yang menyalahi undang-undang.
Mereka ini turut dikaitkan dengan pergerakan Syiah luar negara seperti Hizbullah Lubnan. Penguat kuasa keamanan membuat keputusan untuk mereman mereka selama 15 hari untuk disoal siasat.
Beberapa warga tempatan Mesir mendakwa penambahan ayat "Aku naik saksi bahawa Ali Waliyullah" juga disebut dalam azan di mana ia menyalahi adat resam tempatan